More

    DJI Osmo Pocket 4P dilancar: Kamera poket pertama dengan dwi-kamera dan zum optikal 3x

    DJI secara rasmi melancarkan Osmo Pocket 4P iaitu kamera gimbal poket pertama mereka yang hadir dengan dua kamera utama selepas pelancaran Osmo Pocket 4 sebelum ini. Model baharu ini menggunakan kamera utama sensor 1 inci dengan lensa 20mm f/2.0 dan sokongan sehingga 17-stop dynamic range melalui teknologi LOFIC.

    Ia turut dipadankan dengan kamera mid-telephoto 60mm f/1.8 yang menawarkan zum optikal 3x serta sehingga 12x jumlah zum untuk rakaman potret dan subjek jarak jauh. Kedua-dua kamera menyokong D-Log 2 dengan warna 10-bit, selain rakaman sehingga 4K 240fps dan mod slow shutter untuk efek motion blur.

    DJI turut mengekalkan gimbal mekanikal 3 paksi serta memperkenalkan Intelligent Follow 8.0 dengan sokongan penjejakan berbilang individu dan penjejakan subjek bersama zum sehingga 12x. Osmo Pocket 4P hadir dengan storan dalaman 103GB, USB 3.1 (800MB/s), bateri sehingga 210 minit, pengecasan pantas serta sokongan webcam dan penstriman Wi-Fi.

    Di China, Standard Kit dijual pada harga 3,799 yuan (~RM2,240) manakala Vlog Kit berharga 4,299 yuan (~RM2,535) dan menambah DJI Mic Mini 2, alat kawalan viewfinder serta tripod mini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...