More

    DJI perkenal Osmo Nano, kamera “wearable” ultra ringan dengan kualiti 4K berharga ~RM1,380

    DJI Osmo Nano baru-baru ini telah dilancarkan sebagai kamera boleh pakai (wearables) baharu yang direka khusus untuk pengguna aktif yang mahukan rakaman berkualiti tinggi dalam bentuk paling mudah dan ringan. Ia hadir dengan berat hanya 52 gram dan berukuran 57 × 29 × 28 mm serta rekaan magnetik dua sisi yang membolehkan ia dipasang dengan mudah pada sebarang permukaan seperti topi, helmet, tali ataupun aksesori lain.

    Osmo Nano dilengkapi sensor 1/1.3 inci dengan dynamic range 13.5 stops yang mampu merakam video sehingga 4K pada 60fps, malah menyokong 4K/120fps untuk rakaman gerak perlahan. Sudut pandangan ultra-lebar 143° memastikan setiap rakaman lebih luas manakala sokongan 10-bit D-Log M memberi fleksibiliti tinggi dalam penyuntingan warna.

    Kamera ini turut dilengkapi mod SuperNight untuk rakaman jelas dalam cahaya rendah serta sistem penstabilan RockSteady 3.0 dan HorizonBalancing yang memastikan imej stabil walaupun dalam pergerakan ekstrem. DJI memperkenalkan Multifunctional Vision Dock yang bukan sahaja berfungsi sebagai stesen pengecas tetapi juga skrin OLED HD, storan tambahan melalui kad microSD serta pemindahan fail berkelajuan tinggi sehingga 600MB/s.

    Dengan dock, Osmo Nano mampu beroperasi sehingga 200 minit dalam mod 1080p/24fps manakala dalam mod Endurance mampu merakam 60 minit pada 4K/30fps. Osmo Nano dibina dengan dua mikrofon stereo dan teknologi Direct Microphone Connection yang membolehkan sambungan terus ke mikrofon DJI tanpa penerima tambahan.

    Pengguna juga boleh mengawal kamera menggunakan gesture control, fungsi auto recording dan mod pra-rakaman yang merakam beberapa saat sebelum butang ditekan. Setiap pakej disertakan dengan dock, klip magnetik, tali lanyard, bekas pelindung, kabel USB-C dan mount adapter. Aksesori tambahan seperti headband magnetik, filter ND dan penutup lensa dijual berasingan.

    Untuk perlindungan tambahan, pengguna boleh melanggan DJI Care Refresh yang menawarkan sehingga empat kali penggantian dalam tempoh dua tahun meliputi kerosakan akibat air atau hentakan. DJI menawarkan Osmo Nano dalam dua pilihan iaitu Standard Combo 64GB pada harga €279 (~RM1,380) dan Standard Combo 128GB pada harga €309 (~RM1,530).

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: DJI

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...