More

    DNB batalkan penjualan saham kepada Telekom Malaysia

    Telekom Malaysia (TM) mengumumkan bahawa mereka telah menerima notis pembatalan daripada Digital Nasional Berhad mengenai perjanjian pembelian saham. Dengan ini, TM tidak akan mempunyai kepentingan dalam DNB. DNB telah memberi tempoh sehingga 21 Ogos 2024 untuk TM memberikan jawapan dan melanggan pegangan saham dalam DNB.

    Namun, tempoh tersebut tidak mencukupi untuk TM mengadakan mesyuarat dengan ahli lembaga pengarah dan mendapatkan kelulusan untuk membeli saham DNB. TM menyatakan bahawa ini tidak akan menjejaskan tawaran 5G semasa mereka kerana perjanjian langganan perkhidmatan daripada DNB masih ada.

    TM juga berkata mereka komited untuk menawarkan perkhidmatan digital berkualiti tinggi kepada pelanggan. Dengan perubahan ini, hanya CelcomDigi, Maxis, YTL dan U Mobile mempunyai kepentingan dalam DNB yang setiap satunya memegang saham 16.3%.

    TM bagaimanapun tidak memaklumkan tentang bagaimana ia akan memberi kesan kepada penyertaan mereka dalam bidaan tender bagi pembangunan rangkaian 5G kedua Malaysia. Sebelum ini, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyatakan proses pemilihan tender akan terdiri daripada syarikat telekomunikasi yang telah menyelesaikan proses SSA bagi pemilikan ekuiti DNB.

    Laporan sebelum ini mendedahkan bahawa Maxis, CelcomDigi, TM dan U Mobile telah mengemukakan bidaan untuk membangunkan rangkaian 5G kedua Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured