More

    DNB: Rangkaian 5G negara kini capai 50 peratus kawasan berpenduduk, kelajuan 380Mbps

    Syarikat pengendali infrastruktur 5G negara, Digital Nasional Berhad (DNB), mengumumkan bahawa rangkaian 5G negara telah pun meliputi hampir 50 peratus kawasan berpenduduk (coverage of populated areas, COPA) pada akhir 2022, sekali gus melepasi sasaran awal sebanyak 40 peratus.

    Rangkaian itu menggunakan sekitar 3,900 tapak pemancar dan telah berjaya mencapai 15 juta penduduk Malaysia. Sasaran DNB yang seterusnya adalah untuk mencapai 80 peratus COPA pada hujung 2024 yang boleh menghubungkan lebih 30 juta penduduk dan perniagaan tempatan.

    Sepanjang pembinaan infrastruktur 5G, DNB mendapat sokongan penuh daripada pihak berkuasa negeri dan tempatan untuk mempercepatkan kelulusan dan pelaksanaan rangkaian berkelajuan tinggi itu. Mereka juga berjaya menyelesaikan isu tapak tertangguh dan mencapai tahap pembinaan yang lebih pantas pada Disember lalu.

    Buat masa ini, DNB mencatatkan COPA sebanyak 90 peratus di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya, manakala negeri yang mencatatkan COPA 50 peratus adalah Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Negeri-negeri lain mempunya tahap COPA yang berlainan.

    DNB akan terus bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi mudah alih (mobile network operator, MNO) bagi mempercepatkan pelaksanaan 5G sepanjang 2023. Syarikat-syarikat MNO seperti Celcom, Digi, TM, U Mobile dan YES telah pun memperkenalkan pelbagai pelan data 5G dengan harga berpatutan untuk menarik minat para pelanggan.

    Buat masa ini, DNB menganggarkan terdapat sekitar 8 juta peranti di Malaysia yang boleh memanfaatkan rangkaian 5G. Mereka meramalkan peningkatan peranti 5G sebanyak dua kali ganda pada tahun ini, dan mencapai 40 juta peranti pada 2030.

    Kini, sebanyak 15 jenama produk telah menawarkan lebih 100 jenis peranti elektronik yang menyokong rangkaian 5G. Apple adalah jenama terbaru dalam kalangan jenama tersebut, di mana para penggunanya telah menerima kemas kini firmware untuk model iPhone 12 dan ke atas bagi membenarkan penggunaan 5G.

    DNB juga melihat bahawa penggunaan 5G dalam kalangan rakyat Malaysia meningkat mendadak, dengan 90,000 pengguna serentak pada 31 Disember 2022. Penggunaan data harian pula meningkat sebanyak lapan kali ganda, iaitu daripada 32TB kepada 253TB, manakala kelajuan purata pula adalah 380Mbps berbanding 35Mbps pada rangkaian 5G.

    "
    "

    Adakah anda sudah menggunakan 5G? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: DNB

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured