More

    Dokumen maklumat Tentera Laut Diraja Malaysia terdedah di ‘Dark Web’

    Baru-baru ini, terdapat sumber yang melaporkan mengenai beberapa dokumen Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dimuat naik ke ‘Dark Web’. Jika anda masih belum mengetahui apakah ‘Dark Web’, ia adalah sebahagian dari dunia Internet yang tidak boleh diakses oleh pengguna biasa (biasanya dilibatkan dengan aktiviti haram).

    Laporan menurut The Straits Times mendedahkan bahawa dokumen maklumat tersebut dimuat naik oleh akaun yang telah menggodam e-mel anggota TLDM. Namun, tujuan pendedahan maklumat ini tidak diketahui sama ada hanya untuk mendedahkannya kepada umum atau untuk dijual.

    Antara maklumat yang dilaporkan terdedah adalah bilangan pasukan di pangkalan tahun lepas pada masa tertentu, pegawai senior dan junior yang terlibat dengan rasuah dan masalah disiplin lain.

    Sebenarnya, terdapat sebuah dokumen yang berkisar tentang surat diplomatik Amerika Syarikat (AS) dan pelabuhan di Sabah pada tahun lepas. Perkara ini membuatkan segala isu berkenaan pendedahan maklumat sampai ke pengetahuan TLDM. Namun menurut sumber, jurucakap TLDM tidak mengulas lanjut mengenai isu ini.

    Apakah perkara yang ada tahu mengenai ‘Dark Web’? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Straits Times melalui malaymail

    Gambar ihsan Reuters

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured