More

    Donald Trump rancang bina perkhidmatan media sosial sendiri

    Bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kini merancang untuk melancarkan platform media sosialnya sendiri selepas beliau diharamkan daripada media sosial utama termasuklah Facebook, Twitter dan YouTube.

    Seorang penasihat untuk kempen Trump 2020, Jason Miller, telah menjelaskan kepada media AS bahawa platform itu akan dilancarkan dalam masa dua ke tiga bulan lagi. Beliau mengatakan perkhidmatan baru oleh Trump ini akan menarik puluhan juta pengguna yang baru. Malah, beberapa syarikat telah pun bertemu dengan Trump untuk membina media sosial tersebut.

    Trump telah dilarang daripada menggunakan pelbagai perkhidmatan media sosial utama susulan mogok besar oleh para penyokongnya di bangunan US Capitol pada Januari lalu. Penyokong Trump kini perlu mengikuti beliau di media sosial yang lebih kecil seperti Gab dan Parler.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Star

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured