More

    Drone DJI Mini 2 diguna untuk penyeludupan dadah di sempadan AS

    Lonjakan dalam kemajuan teknologi telah membuka cabaran baharu bagi agensi keselamatan untuk menangani jenayah baharu yang muncul menggunakan peranti teknologi. Sebuah dron DJI kecil dilaporkan telah digunakan untuk cuba menyeludup dadah merentasi tembok sempadan AS dengan Mexico.

    Butiran itu terkandung dalam waran geledah yang dikeluarkan baru-baru ini daripada Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah AS (DEA). Insiden itu berlaku pada 7 Oktober 2021 yang melibatkan drone DJI Mini 2 yang menjatuhkan sejumlah dadah yang disyaki methamphetamine ditemui oleh Peronda Sempadan AS.

    Drone DJI Mini 2 berukuran sebesar tapak tangan sahaja

    Drone itu diperhatikan pada hari tertentu bergerak di atas tembok sempadan setinggi 25 kaki dan mendarat di tempat letak kereta manakala seorang lelaki di dalam Mercedes kelabu sedang menunggu untuk mengambil bungkusan itu sebelum dipintas oleh ejen keselamatan sempadan. Dron seberat 249g itu kemudiannya didapati membawa 259g methamphetamine.

    Dipercayai bahawa DJI Mini 2 boleh membawa beban sehingga dua kali ganda beratnya untuk jarak dekat. Kawasan di mana insiden itu berlaku dilaporkan telah menyaksikan aktiviti besar kartel dadah yang terus mencari jalan untuk mengekalkan perniagaan jenayah pengedaran dadah mereka.

    Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured