More

    Dua beradik seludup mesin “bitcoin” ditahan di Kedah

    Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini telah menahan dua orang adik-beradik yang menjadi penghantar mesin melombong bitcoin di Kulim, Kedah. Mereka ditahan sewaktu membawa 79 buah mesin tersebut menggunakan sebuah lori.

    Polis mengatakan mereka ditahan selepas memandu lori dalam keadaan yang mencurigakan. Suspek gagal mengemukakan sebarang maklumat berkenaan pemilikan mesin bitcoin itu, membuatkan pihak polis menyangkakan bahawa mesin-mesin ini telah dirompak dan suspek mungkin merancang untuk menjualnya.

    Keseluruhan mesin bitcoin yang dirampas bernilai RM237,000, dengan RM3,000 sebuah. Suspek kini direman selama sehari bagi membantu siasatan. Mereka ditahan mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 dan boleh didenda tidak lebih RM1,000, penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali.

    Polis mengatakan sindiket mesin bitcoin menjadi semakin bermasalah sejak 2014, di mana pengguna mesin ini akan menggunakan banyak mesin tersebut dalam sebuah premis perniagaan kosong dan boleh meningkatkan penggunaan kos elektrik sehingga RM500 untuk sebuah mesin. Pengguna mesin bitcoin selalu mencuri arus elektrik dan ini merupakan satu kesalahan di bawah Akta Suruhanajaya Tenaga.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Astro Awani

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured