More

    Dua lorong RFID di Lebuhraya SPRINT ditutup sementara sehingga diberitahu

    Baru pagi tadi dilaporkan semua lorong RFID ditutup sementara di Plaza Tol Pantai dan Plaza Tol Bukit Kiara untuk kedua-dua hala kerana masalah teknikal. Oleh itu, pemandu di lebuh raya telah diberitahu untuk menggunakan lorong Touch ‘n Go buat masa ini.

    Walau bagaimanapun, nampaknya TnG eWallet juga tidak berfungsi. Walaupun tidak setiap pengguna terjejas, ada yang log keluar atas sebab tertentu dan tidak dapat log masuk semula akibat trafik pengguna yang tinggi. Dengan ini, pengguna dinasihatkan untuk menggunakan kad TnG mereka dan kami berharap anda semua mempunyai baki yang mencukupi sebelum keluar.

    Sementara itu, pasukan TnG eWallet mengeluarkan notis bahawa terdapat isu teknikal berhubung perkara itu. Mereka juga menyatakan bahawa pemandu masih boleh membayar tol dan tempat letak kereta melalui PayDirect dan RFID.

    Pada beberapa jam lepas, pasukan TnG eWallet mengeluarkan notis bahawa isu TnG eWallet dan perkhidmatannya kini kembali dalam talian. Namun, perkhidmatan bagi kedua dua tol masih dalam pembaikian dan akan dimaklumkan segera.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured