More

    DualSense PS5 kini boleh disambung ke pelbagai peranti secara serentak

    Sony mengumumkan kemas kini sistem terbaharu untuk PlayStation 5 yang mula diedarkan secara global pada 17 September 2025. Kemaskini membawa dua ciri utama yang dinanti ramai iaitu keupayaan untuk menyambungkan pengawal DualSense dan DualSense Edge kepada empat peranti serentak dan mod penjimatan kuasa baharu untuk permainan terpilih.

    Melalui fungsi sambungan pelbagai peranti, pengawal DualSense kini boleh disambungkan kepada sehingga empat peranti serentak termasuk PS5, PC, Mac dan telefon pintar. Pengguna hanya perlu menekan kombinasi butang PS + butang pada kawalan selama lima saat untuk mendaftarkan peranti ke slot tertentu.

    Apabila mahu bertukar, tekan kombinasi sama selama tiga saat dan lampu penunjuk pada pengawal akan memaparkan slot yang sedang digunakan. Ciri ini memudahkan pengguna beralih antara peranti tanpa perlu melakukan proses sambungan semula setiap kali.

    Selain itu, Sony turut memperkenalkan tetapan baharu bernama Power Saver Mode yang boleh diakses melalui Settings > System > Power Saving > Use Power Saver. Apabila diaktifkan, mod ini akan mengurangkan penggunaan tenaga semasa bermain yang boleh memanjangkan jangka hayat konsol dan menyumbang kepada pengurangan pelepasan karbon.

    Antara judul yang menyokong fungsi ini termasuk Death Stranding 2: On the Beach, Demon’s Souls dan Ghost of Yōtei dengan lebih banyak lagi dijangka menyusul. Namun, Sony menjelaskan bahawa mod VR tidak boleh digunakan bersama Power Saver dan sesetengah fungsi permainan mungkin terhad.

    Kemas kini PS5 kali ini dilihat sebagai langkah penting dalam memudahkan pengguna menghubungkan pengawal kepada sebarang peranti sambil menjaga kelestarian. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Playstation.Blog

     

    Artikel Terkini

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Redmi Watch 6 Active tiba dengan skrin AMOLED 1.85″ dan bateri tahan 18 hari...

    Terbaharu, Redmi Watch 6 Active dilancarkan di pasaran China dengan fokus kepada kelengkapan skrin jenis AMOLED, ketahanan bateri dan fungsi pemantauan kesihatan....

    HUAWEI cuba reka bentuk baharu? Pura X View dilancar dengan nisbah skrin 16:9.5

    HUAWEI melancarkan Pura X View di China sebagai telefon pintar rekaan paparan lebar pertama jenis standard tanpa skrin boleh lipat. Ia menjadi...

    Samsung Galaxy S26 FE makin hampir, Samsung umum acara pelancaran 27 Ogos ini

    Samsung Electronics mengumumkan penganjuran acara Galaxy Event August 2026 secara rasmi pada 27 Ogos 2026 jam 8 malam waktu Malaysia. Acara maya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...