More

    DxOMark: Samsung Galaxy S23 Ultra peroleh tempat ke-6 dalam ujian bateri

    Selain melakukan ujian penanda aras untuk kamera, DXOMark juga melakukan ujian untuk hayat bateri, kecekapan dan prestasi pengecasan telefon pintar. Selepas menilai Samsung Galaxy S23 Ultra, DXOMark telah memberikannya label bateri Emas kerana mempunyai prestasi bateri terbaik untuk kategori Ultra-Premium.

    Daripada semakan, mereka telah memberikan skor bateri DXOMark Samsung Galaxy S23 Ultra sebanyak 142 mata iaitu nombor satu dalam ranking Ultra-Premium mengatasi ROG Phone 6 (140 mata), iPhone 13 Pro Max ( 136 mata), iPhone 14 Pro Max (133 mata), iPhone 14 Plus (128 mata) dan HUAWEI P50 Pro (123 mata).

    Untuk penyenaraian global, Galaxy S23 Ultra berada di kedudukan ke-6 keseluruhan di belakang peranti segmen pertengahan cekap kuasa lain seperti HONOR Magic 5 Lite 5G yang menduduki tempat pertama dengan 152 mata diikuti oleh HONOR X7a (147 mata), OPPO Reno 6 5G (146 mata), realme GT Neo 2 5G (144 mata) dan HONOR X9a (143 mata).

    Mengenai hayat bateri, Galaxy S23 Ultra dengan penggunaan sederhana selama 67 jam berada di kedudukan ke-3 dalam kategori ultra-premium. Ia terletak di belakang ROG Phone 6 (72 jam) dan iPhone 13 Pro Max (68 jam). Di peringkat global, hayat bateri Galaxy S23 Ultra berada pada kedudukan 20 di belakang beberapa peranti segmen pertengahan.

    Pengecasan pantas 5 minit boleh memberikan Galaxy S23 Ultra hayat bateri selama 5 jam dan ia mengambil masa 37 minit untuk mengecas daripada 0 hingga 80 melalui USB-C. Dengan pengecasan hanya 45W, ia lebih perlahan daripada pesaingnya yang lain meletakkannya di tempat ke-13 dalam kategori peranti andalan ultra-premium dan tempat ke-44 untuk global.

    Walau bagaimanapun, ia lebih pantas daripada iPhone 14 Pro Max apabila melibatkan pengecasan wayarles dan berwayar. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: DXOMark

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured