More

    Dyson OnTrac dilancar: Fon kepala wayarles dengan ANC, bateri 55 jam, 2,000 pilihan hiasan

    Anda mungkin mengenali Dyson sebagai sebuah jenama yang menghasilkan pembersih hampagas yang bermutu tinggi. Kini, jenama tersebut mengumumkan sepasang fon kepala wayarles Dyson OnTrac yang dilengkapi pelbagai teknologi audio canggih serta rekaan yang boleh diubah dengan pelbagai jenis aksesori.

    Fon kepala ini dilengkapi pembatalan hingar aktif (ANC) yang menggunakan lapan mikrofon untuk mensampel 384,000 bunyi sesaat dan boleh membatalkan bunyi bising di sekeliling sehingga 40dB. Baterinya pula boleh bertahan selama 55 jam, walaupun dengan ANC didayakan.

    Untuk keselesaan pemakai, ia mempunyai rekaan ergonomik yang memastikan penutupan akustik sepenuhnya dan keselesaan yang bertahan lama. Ia terdiri daripada kusyen gred tinggi dan sendi yang fleksibel untuk mengurangkan tekanan pada telinga, manakala kedudukan baterinya yang terletak pada bahagian tengah akan mengagihkan berat dengan lebih sekata di atas kepala.

    Ia akan ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu CNC Aluminium, CNC Copper, CNC Black Nickel dan Ceramic Cinnabar. Anda juga boleh hiaskannya dengan kusyen telinga dan outer caps yang berlainan warna.

    Selain itu, fon kepala ini mempunyai sensor yang boleh mengesan apabila ia dicabut daripada telinga supaya sebarang muzik atau video akan dijeda. Ia akan disambung semula apabila fon kepala dipakaikan semula kepada telinga. Terdapat juga Intuitive Joystick yang boleh mengawal mainan muzik dan video, serta mendengar arahan suara (voice commands) daripada pemakai.

    Sewaktu membuat panggilan telefon, ia dilengkapi dwi mikrofon beam-forming yang boleh mengesan suara anda dengan jelas. Fungsi fon kepala ini boleh dikawal melalui aplikasi MyDyson yang menawarkan tetapan seperti mod EQ, penjejakan bunyi, kawalan ANC dan banyak lagi.

    Buat masa ini, Dyson Malaysia masih belum mengumumkan keberadaan fon kepala ini untuk pasaran Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured