More

    Dyson raikan jualan 11.11: Diskaun hingga RM300 dari 11 hingga 13 November

    Dyson tidak ketinggalan untuk meraikan jualan 11.11 dengan pelbagai tawaran bermula 11 hingga 13 November di Dyson Demo Stores dan laman web rasmi Dyson. Di bawah merupakan produk dan beberapa tawaran bagi mereka yang sudah lama ingin memiliki Dyson. 

    Vakum Dyson Omni-glide merupakan vakum Dyson pertama yang direka bentuk untuk pembersihan harian di rumah walaupun di bahagian sudut dan celah yang sempit. Anda boleh jimat RM100 semasa jualan 11.11 dan tambahan RM300 diskaun jika anda membuat pembayaran Visa.

    Lampu tugas Dyson Lightcycle direka dengan cahaya semula jadi secara automatik dan menawarkan pada waktu yang sesuai sambil mengawal dedahan cahaya biru. Anda dapat nikmati penjimatan sehingga RM600 dengan pembayaran Visa.

    Selain itu, terdapat kipas pembersih Dyson Pure Cool yang mengesan bahan pencemar, menangkapnya dan memancarkan udara yang bersih ke seluruh bilik. Skrin LCD pada papan dilengkapi dengan penderia canggih membolehkan mesin melaporkan kualiti udara dalaman dalam masa nyata. Bahan pencemar yang boleh dikesan termasuk PM2.5, PM10, VOC dan NO2. Diskaun sehingga RM550 ditawarkan sepanjang jualan 11.11.

    Pengering rambut Dyson Supersonic pula menggunakan aliran udara yang cepat dan fokus, lebih senyap daripada yang lain dan bijak mengawal suhu untuk membantu melindungi rambut daripada kerosakan haba yang melampau. Pembelian sewaktu jualan 11.11 hadir dengan pendiri pengering rambut bernilai sehingga RM399 secara percuma. Anda boleh menyesuaikan sarung Dyson di kedai Dyson Demo yang terdapat di The Gardens Mall, Vivacity Megamall.

    Ini merupakan peluang terbaik untuk mereka yang ingin memiliki produk Dyson. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...