More

    E-dompet manakah pilihan terbaik untuk menebus e-Tunai Rakyat RM30?

    E-dompet yang ditawarkan oleh Touch ‘n Go, GrabPay dan Boost telah mula memberi e-Tunai Rakyat bermula hari ini hingga 14 Mac 2020. Rakyat Malaysia berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah dan berumur 18 tahun ke atas layak menebus RM30 melalui salah satu platform yang dinyatakan.

    Bukan itu sahaja, setiap e-dompet menyediakan banyak hadiah menarik selain daripada e-Tunai Rakyat seperti baucar, pertandingan dan lain-lain. Apa pun, jom terokai setiap satu e-dompet dan tentukan e-dompet manakah yang menawarkan nilai terbaik apabila penebusan e-Tunai Rakyat dilakukan.

    Touch ‘n Go eWallet

    Kepada netizen yang menuntut RM30 melalui Touch ‘n Go eWallet, anda akan mendapat tambahan RM30 yang menjumlahkan nilai sebanyak RM60. Jumlah ini akan luput pada 14 Mac 2020. Bukan itu sahaja, anda juga dapat memasuki dua pertandingan untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM2,000,000.

    GrabPay

    Beralih kepada GrabPay, 1000 pengguna pertama yang menebus RM30 layak mendapat baucar bernilai sehingga RM3000. Kemudian, pengguna ke-10001 dan ke-110001 akan layak mendapat baucar bernilai sehingga RM2850 dan RM2760.

    Boost

    Jika anda menebus melalui Boost, anda layak menyertai shake minigame untuk peluang memenangi RM8888 selain daripada e-Tunai Rakyat RM30. Dengan semua platform di atas, e-dompet manakah menjadi pilihan anda untuk menebus e-Tunai Rakyat RM30? Beritahu kami di laman Facebook dan nantikan berita terkini seperti ini di TechNaveBM.com.

     

    Artikel Terkini

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...