More

    E-dompet ShopeePay perkenalkan Deals Near Me, fungsi untuk galakkan pembelian luar talian

    Bermula bulan ini, para pengguna e-dompet ShopeePay boleh menggunakan fungsi Deals Near Me yang akan menggalakkan pengguna untuk membeli belah di kedai-kedai fizikal. Ia adalah satu inisiatif atas talian ke luar talian (online-to-offline, O2O) yang menggunakan data lokasi pengguna ShopeePay dan menawarkan diskaun untuk restoran dan penyedia perkhidmatan yang paling hampir.

    Pengguna boleh membeli baucar dalam aplikasi Shopee dan menebusnya dengan aplikasi ShopeePay di kedai yang mengambil bahagian untuk pulangan tunai. Inisiatif ini bertujuan membantu kedai fizikal untuk menarik pelanggan yang selalunya membeli-belah secara atas talian. Pandemik COVID-19 juga telah menjejaskan perniagaan untuk kedai-kedai fizikal, jadi fungsi Deals Near Me ini diharapkan akan meningkatkan jualan mereka.

    Fungsi yang diperkenalkan sejak 1 April ini boleh digunakan dalam lebih 130 kedai termasuklah Mr DIY, Tealive dan The Black Whale. Ia juga diperkenalkan sempena kempen Raya Bersama Shopee di mana baucar khas sempena Ramadan akan disediakan pada tiga waktu berbeza iaitu Sahur Specials pada jam 5:00 pagi, Jom Berbuka dengan ShopeePay pada jam 12:00 tengah hari dan Moreh Specials pada jam 10:00 malam.

    Baucar ini boleh dibeli pada harga serendah 5 sen untuk pulangan wang tunai sehingga RM8 sewaktu digunakan dalam kedai seperti Nando’s TGI Fridays, Boat Noodle dan banyak lagi. Selain itu, Shopee juga akan menganjurkan Jualan Hebat Raya pada 23 April dan Pesta Jualan Raya pada 5 Mei di mana pelanggan boleh menikmati diskaun sehingga 80% untuk pelbagai kelengkapan Hari Raya.

    Layari laman web Shopee untuk maklumat penuh tentang Deals Near Me dan kempen Raya bersama Shopee. Beritahu kami di Facebook jika anda menggunakan fungsi baru ShopeePay ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...