More

    e-Tunai Rakyat: Adakah Touch ‘n Go eWallet pilihan utama rakyat Malaysia?

    Pada hari ini, jutaan rakyat Malaysia tentunya berasa teruja untuk menerima RM30 di bawah program e-Tunai Rakyat. Tiga e-dompet boleh digunakan untuk program tersebut iaitu Touch ‘n Go eWallet, GrabPay dan Boost.

    Akan tetapi, ramai pengguna melaporkan bahawa sistem Touch ‘n Go tidak beroperasi dengan baik, membuatkan mereka tidak dapat menuntut RM30 itu. Sementara itu, pengguna GrabPay dan Boost pula boleh menerima e-Tunai mereka dengan lancar.

    Masih tidak diketahui mengapa pengguna e-dompet Touch ‘n Go tidak boleh mendapatkan e-Tunai mereka. Sama ada sistem Touch ‘n Go tidak berupaya mengendali jumlah transaksi yang sangat tinggi atau sebab yang lain, pihak Touch ‘n Go masih belum memberi kenyataan rasmi berkenaan situasi ini.

    Akan tetapi, situasi ini mungkin memberi petunjuk penting buat industri e-dompet tempatan: adakah Touch ‘n Go menjadi e-dompet buat majoriti rakyat Malaysia? Kita boleh andaikan yang begitu ramai pengguna ingin mengakses e-dompet itu sekaligus sehingga sistemnya tidak dapat menampung penggunaan banyak secara serentak.

    Syarikat dan perniagaan tentunya perlu mengambil perhatian terhadap trend ini dalam menyusun strategi perniagaan mereka dalam tahun ini.

    Bagaimana dengan anda? E-dompet manakah yang menjadi pilihan anda untuk transaksi harian? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...