More

    ‘Earphone’ wayarles oleh Xiaomi, Mi Air2 SE dilancarkan dengan harga semurah ~RM103

    Mungkin ada yang masih gemar menggunakan earphone berwayar, namun earphone wayarles merupakan satu peningkatan teknologi yang memberi kemudahan kepada pengguna. Terkini, Xiaomi melancarkan earphone True Wireless Stereo (TWS) yang bernama Mi Air2 SE di China dengan harga yang mengejutkan untuk sepasang TWS.

    Harga 169 Yuan (lebih kurang ~RM103) mungkin memeranjatkan kami, tetapi perlakuan ini sebenarnya adalah kebiasaan Xiaomi. Xiaomi kerap tampil dengan penawaran harga berpatutan untuk produk pintarnya. Mi Air2 SE hadir di pasaran China dengan sokongan audio SBC/AAC, Bluetooth 5.0, dwi-pengurangan hingar dan beberapa spesifikais lain yang menarik.

    Dengan harga semurah ini, pengguna dapat menggunakan Mi Air2 SE dengan ketahanan bateri yang disokong perumah pengecasan sehingga 20 jam. Alat teknologi ini juga menyokong kawalan sentuhan seperti jeda muzik, penggunaan pembantu suara dan menguruskan panggilan.

    Adakah anda akan menyambarnya jika ia hadir di pasaran Malaysia? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured