More

    ECRL bakal siap menjelang akhir 2026, operasi mulai Januari 2027

    Kementerian Pengangkutan yakin Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan siap mengikut jadual pada Disember 2026 dan akan beroperasi mulai Januari 2027. Dengan kejayaan ini, masa perjalanan antara Kota Bharu dan Kuala Lumpur dapat dijimatkan kepada empat jam berbanding tujuh jam perjalanan kereta.

    Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook juga melaporkan kemajuan pembinaan 64 peratus setakat Mac 2024 dengan laluan merentasi empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor.

    Terdapat lebih 1,900 tapak kerja dan hampir 650 aktif di sepanjang projek infrastruktur negara sepanjang 665 kilometer. Kerja-kerja penggalian mencapai kedalaman lebih 8km dari Terowong Genting gerek berkembar sepanjang 16.39 km menggunakan gabungan kaedah gerudi dan letupan serta mesin gerek terowong.

    Ia dijangka dapat menembusi Terowong Genting pada suku kedua 2025 dan menjadikannya terowong rel terpanjang di Asia. Mesin pemasangan landasan CCPG-500A yang pertama kali digunakan dalam industri rel Malaysia telah mula memasang landasan untuk fasa kedua antara Pelabuhan Kuantan dan Maran di Pahang sejak 9 Mac.

    Sistem elektrifikasi akan dipasang seawal Mei tahun ini di kawasan Stesen Cherating di Pahang, diikuti lokasi pemasangan landasan telah siap. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bernama

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured