More

    Edifier LolliClip kini rasmi di Malaysia, ditawarkan pada harga promosi RM479

    Edifier hari ini mengumumkan ketibaan rasmi fon telinga terbuka tanpa wayar terbaharu Edifier LolliClip dalam pasaran Malaysia selepas pertama kali diperkenalkan pada awal tahun ini. Rekaan klip telinga terbuka ini menjadikannya pesaing langsung kepada model serupa daripada HUAWEI, Nothing dan beberapa jenama lain yang telah memperkenalkan format ini sepanjang tahun lalu.

    Edifier LolliClip hadir dengan pemandu dinamik bersaiz 13mm dalam setiap fon telinga dan menggunakan diafragma komposit bersalut titanium bagi menghasilkan kualiti audio lebih jelas serta kaya. Ia menyokong codec LDAC serta audio spatial menerusi sambungan Bluetooth 5.4.

    Satu ciri menarik yang turut disertakan ialah pembatalan hingar aktif adaptif (adaptive ANC) bersama teknologi akustik arah yang bukan sahaja membantu mengurangkan hingar persekitaran, malah turut meminimumkan kebocoran bunyi. Seperti fon jenis klip lain, bahagian kiri dan kanan LolliClip boleh ditukar dan dilengkapi pengesanan pemakaian automatik.

    LolliClip mampu bertahan sehingga sembilan jam dengan sekali cas dan sehingga 30 jam dengan bantuan bekas pengecas (ANC dimatikan). Sekiranya ANC diaktifkan, fon telinga ini mampu bertahan sekitar enam jam sahaja. Ia juga hadir dengan penarafan kalis habuk dan air IP56. Edifier LolliClip ditawarkan pada harga RM719 dan hadir dalam pilihan warna hitam serta putih.

    Pengguna kini boleh mendapatkannya pada harga promosi RM479 menerusi laman rasmi Edifier di Shopee. Tawaran ini menjadikannya antara pilihan menarik dalam segmen fon telinga terbuka berteknologi tinggi di bawah RM500.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured