More

    Edisi eksklusif ROG x Honkai Impact 3rd Elysia’s Special Collection rasmi di Malaysia berharga RM3,999

    ASUS Republic of Gamers (ROG) Malaysia telah bekerjasama dengan game aksi popular Honkai Impact 3rd oleh HoYoverse untuk melancarkan ROG x Honkai Impact 3rd Elysia’s Special Collection bagi ROG Phone 9 Pro. Koleksi edisi terhad ini meraikan penampilan eksklusif pakaian silang jenama Elysia, menggabungkan pesonanya yang anggun dengan teknologi permainan canggih ROG untuk pengalaman yang unik di bawah slogan “Your Game, Lit With Love”.

    Reka bentuk kotak hadiah bertemakan Romantic Pink dengan bentuk surat melambangkan mesej istimewa daripada Elysia, manakala elemen pastel dan gaya piksel menonjolkan gabungan romantik dan inovasi ROG.

    Setiap kotak mengandungi barangan eksklusif seperti Eternal Elegance Stand, Solid Love Armor Case, Dreamy Pink Letter Card, chibi stickers, dan Dreamlink Wand Ejector Pin, serta kod khas untuk menebus ganjaran dalam game. ROG turut memperkenalkan Elysia Theme Pack percuma di ROG Phone Theme Store dengan animasi dan tema khas untuk memperkayakan pengalaman digital.

    Koleksi ini akan mula dijual di Malaysia bermula 7 November 2025 dalam kuantiti terhad pada harga RM3,999, manakala promosi akhir tahun untuk ROG Phone 9 Series turut menawarkan ROG Phone 9 FE pada RM2,299 dan ROG Phone 9 Pro pada harga promosi RM3,999 sehingga 31 Disember 2025.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...