More

    Edisi khas Huawei P50 Pro Lunar Vision tertiris, miliki panel belakang bercorak

    Pada 29 Julai lalu, Huawei telah melancarkan siri P50 di China yang terdiri daripada Huawei P50 dan Huawei P50 Pro. Semasa pelancarannya dibuat, kedua-dua peranti tersebut mempunyai lima varian warna iaitu hitam, putih, pink, biru, dan emas. Kini, satu sumber yang dipercayai dari China telah mendedahkan bahawa Huawei akan melancarkan P50 Pro Lunar Vision Edition.

    Menurut Weibo, Huawei P50 Pro Lunar Vision akan hadir dalam warna putih tetapi tidak sama seperti varian Putih P50 Pro. Huawei P50 Pro Lunar Vision Edition mempunyai tekstur belakang yang berbeza. Memandangkan telefon pintar ini diperbuat daripada kaca, jelas bahawa kemasannya berubah bukan hanya daripada segi reka bentuk, namun corak juga berbeza.

    Menariknya, kaca belakang telefon ini mempunyai reka bentuk seperti permukaan bulan yang diukirkan dalam kesan tiga dimensi. Oleh kerana peranti ini adalah model edisi khas P50 Pro, kita boleh menjangkakan model P50 Pro Lunar Vision Edition akan hadir dengan spesifikasi yang sama.

    Huawei P50 Pro hadir dengan paparan OLED 6.6 inci dengan resolusi 2700 x 1229 piksel, kadar penyegaran skrin 120Hz, kadar bacaan sentuhan 300Hz, gamut warna lebar P3 dan mempunyai ketumpatan piksel 450PPI.

    Peranti ini mempunyai bentuk kamera unik di bahagian belakang dengan dua bulatan besar yang menempatkan sensor utama 50MP, sensor hitam dan putih 40MP serta kamera tunggal 13MP dengan sokongan penstabilan imej optik.

    Huawei P50 Pro Lunar Vision dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 888 dan Kirin 9000 SoC, RAM 12GB, storan penyimpanan 512GB serta bateri 4,360mAh dengan sokongan pengecasan wayarles 50W.

    Nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...