More

    eGG Network terbitkan siri drama komedi Dongibab, tampilkan strimer terkenal tanah air

    Baru-baru ini, eGG Network telah mengadakan sebuah pelancaran siri komedi dan drama mereka yang pertama iaitu cerita yang berjudul Dongibab di Dadi Cinema Pavillion KL. Buat pertama kalinya barisan pelakon yang ditampilkan adalah daripada kalangan strimer. Strimer yang terlibat dalam penggambaran cerita ini ialah Daddy Hood, Jaasuzuran, Fattahzie Gaming, Uncle Dyy dan Ellya Keesha.

    Walaupun kebanyakan mereka tiada latar belakang sebagai seorang pelakon, namun setiap babak yang ditampilkan pada trailer yang dipertontonkan adalah sangat baik. Untuk pengetahuan, ini adalah langkah yang sihat untuk membuka mata kepada rakyat Malaysia khusunya kerana ramai beranggapan bahawa e-Sukan hanyalah sekadar bermain game dan strim semata-mata.

    Jadi, dengan penghasilan siri ini, ia membuktikan bahawa strimer bukan sahaja kerja di hadapan komputer, malah mereka boleh lakukan lebih daripada itu. Cerita ini berkisarkan tentang seorang pemuda yang mewarisi perniagaan bapanya yang membuka kedai cybercafe di Pekan Selipi. Kedai tersebut semakin lama semakin suram dengan kehadiran hanya beberapa pelanggan sahaja setiap hari.

    Namun, Dalam pada itu, bas yang dinaiki Lilian (Ellya Keesha) bersama sekumpulan rakan gamers beliau terkandas di kawasan perumahan Fatah (Uncle Dyy). Tanpa sebarang signal penerimaan telefon bimbit, satu-satunya harapan Lilian dan rakan-rakannya adalah menerusi akses internet yang ada di kafe siber Fatah.

    Apa yang ingin ditonjolkan dalam trailer ini mungkin kerana peralihan zaman di mana masyarakat zaman sekarang lebih suka bermain game di telefon berbanding cybercafe. Keseluruhan cerita mempunyai 6 episod ini turut ditaja oleh Genshin Impact. Siri bermula pada 24 sehingga 29 Januari ini di saluran eGG Network 800, Astro Go dan Sooka pada pukul 9:30 malam.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured