More

    Eksekutif realme sahkan realme Race akan dilancar selepas Tahun Baru Cina

    Naib presiden realme China Xu Qi Chase telah mengesahkan di Weibo bahawa realme akan melancarkan telefon pintar andalan realme Race selepas Tahun Baru Cina. Telefon tersebut bakal menjadi peranti realme pertama yang dilengkapi cipset Qualcomm tercanggih iaitu Snapdragon 888.

    Sebelum ini, beliau telah berkongsi rupa peranti tersebut di Weibo dan mengatakan “Race” bukanlah nama rasmi tetapi sekadar nama kod. Selain realme Race, beliau turut mengatakanbaha realme akan melancarkan sebuah lagi telefon pintar andalan yang dilengkapi cipset Dimensity 1200, namun maklumat tentangnya masih belum dikenalpasti.

    Perayaan Tahun Baru Cina akan disambut sekitar pertengahan bulan Februari, jadi kita boleh jangkakan realme Race untuk dilancar pada bulan Mac. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan realme Race dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: ITHome

     

    Artikel Terkini

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured