More

    Eksekutif Redmi sahkan spesifikasi Redmi Note 9 baru: Snapdragon 750G, 120Hz, 108MP

    Mungkin ada dalam kalangan anda yang sudah mengetahui mengenai spesifikasi siri Redmi Note 9 baharu yang telah didedahkan sebelum ini. Spesifikasinya kini lebih jelas memandangkan eksekutif Redmi, Lu Weibing sendiri mengesahkannya di laman carian popular China Weibo.

    Ekesekutif Redmi tersebut telah memuat naik poster yang memperlihatkan beberapa spesifikasi asas siri Redmi Note 9 baharu seperti rekaan skrin berlubang LCD, kadar segar semula 120Hz, Snapdragon 750G, empat kamera utama 108MP dan cas pantas 33W. Ia turut hadir dengan sokongan audio Hi-Res, NFC, bicu audio 3.5mm dan IR blaster.

    Apa pun, siaran ini tidak memberi maklumat lanjut mengenai model manakah dalam siri Redmi Note 9 baru yang bakal dilengkapi spesifikasi ini. Sumber menjangkakan ini adalah spesifikasi untuk Redmi Note 9 Pro 5G.

    Sementara itu, terdapat sumber yang mendedahkan bahawa empat tetapan kamera peranti terdiri daripada lensa utama 108MP, lensa super lebar, lensa telefoto dan lensa makro. Tambah sumber, spesifikasi lensa adalah tidak terlalu bagus, namun bersesuaian dengan harganya yang berpatutan.

    Menerusi acara pelancaran peranti baru ini pada 26 November, Redmi akan turut melancarkan Redmi Watch. Redmi Watch yang bakal dilancar di pasaran China ini didakwa sebagai penjenamaan semula dari Xiaomi Mi Watch Lite berikutan nombor model masing-masing; REDMIWT01 dan REDMIWT02 adalah lebih kurang sama.

    Perlu kami ingatkan agar anda tidak keliru dengan siri Redmi Note 9 terdahulu. Kongsikan pendapat anda di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 1 | 2

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured