More

    Elon Musk kekal sebagai orang terkaya di dunia, kalahkan CEO LV dan Jeff Bezos

    Menurut data daripada “Bloomberg Billionaires Index” yang dikeluarkan oleh Bloomberg, jumlah nilai bersih 500 orang terkaya di dunia telah mengalami pertumbuhan yang mengejutkan pada 2023 dengan lonjakan sebanyak AS$1.5 trilion.

    Menurut laporan, Elon Musk berjaya mengatasi hartawan barangan mewah Perancis, Bernard Arnault (CEO syarikat induk LV LVMH) dan merampas semula takhtanya sebagai orang terkaya di dunia. Selepas kehilangan $138 bilion pada 2022, Elon Musk yang didorong oleh kejayaan Tesla dan SpaceX, memperoleh keuntungan bersih $95.4 bilion setakat penutupan saham A.S.

    Selepas menjadi penerima pendapatan tertinggi tahun ini, Elon Musk sekali lagi menaiki takhta orang terkaya di dunia. Dilaporkan bahawa nilai bersih Elon Musk kini melebihi nilai Bernard Arnault sebanyak lebih AS$50 bilion manakala harga saham Kumpulan LV telah terjejas akibat kelembapan permintaan global untuk barangan mewah.

    Pada masa yang sama, pengasas Amazon, Jeff Bezos menduduki tempat ketiga, pengasas Microsoft Bill Gates menduduki tempat keempat dan bekas CEO Microsoft, Steve Ballmer menduduki tempat kelima. Bagaimanapun, “Stock God” Warren Buffett gagal memasuki lima teratas kali ini.

    Sebelum ini, majalah “Forbes” mengeluarkan data dalam senarai 10 bilionair teratas dengan pertumbuhan kekayaan terbesar pada 2023 yang menunjukkan bahawa Elon Musk meningkat sebanyak AS$108.4 bilion pada 2023, menduduki tempat pertama dan menjadi manusia paling kaya di dunia.

    Pertumbuhan ini disebabkan oleh pemulihan harga saham Tesla dan penilaian SpaceX yang melambung tinggi. Harga saham Tesla meningkat lebih daripada 100% tahun ini dengan nilai pasaran terkininya mencecah AS$802.8 bilion. SpaceX pula berjaya menjalankan lebih daripada 90 pelancaran tahun ini menghasilkan lonjakkan kepada $150 bilion pada Julai lalu.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured