More

    Elon Musk rancang bina makmal kecerdasan buatan di permukaan Bulan

    Terbaharu, Elon Musk berkongsi impian beliau untuk membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) secara besar-besaran di permukaan Bulan melalui kerjasama strategik antara syarikat xAI dan SpaceX. Langkah ini diambil adalah untuk mengatasi batasan fizikal dan teknologi yang dihadapi oleh pusat data terutamanya berkaitan dengan keperluan tenaga elektrik yang sangat tinggi serta sistem penyejukan yang semakin kompleks.

    Dengan memanfaatkan ketiadaan atmosfera di Bulan, panel suria dapat menjana tenaga secara maksimum tanpa gangguan cuaca manakala suhu sejuk ekstrem di angkasa lepas pula bertindak sebagai sistem penyejukan pasif yang jauh lebih efisien berbanding kaedah mekanikal sedia ada. Projek ini turut merangkumi pembinaan pusat pembuatan satelit AI yang dilengkapi dengan sistem pelancar elektromagnet yang dikenali sebagai “Mass Driver”.

    Ia membolehkan satelit dilancarkan terus ke orbit dengan kos yang jauh lebih rendah memandangkan tarikan graviti Bulan yang lemah memudahkan proses pelepasan tanpa memerlukan penggunaan roket konvensional yang mahal. Visi ini merupakan persediaan rapi bagi menyokong evolusi kecerdasan buatan yang memerlukan skala infrastruktur yang tidak lagi mampu ditampung oleh kapasiti di Bumi.

    Sekiranya rancangan ini berjaya direalisasikan dalam tempoh sedekad akan datang, ia bakal menetapkan piawaian baharu dalam industri aeroangkasa dan teknologi global. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The New York Times

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured