More

    Empat sistem kabel dasar laut dibangunkan untuk sambungan internet pantas di Malaysia

    Kerajaan Malaysia sedang membangunkan empat kabel dasar laut bagi membantu keperluan rangkaian internet di Malaysia seperti yang dikatakan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa dalam sesi soal jawab di Dewan Negara pada hari ini.

    Empat kabel tersebut termasuk melibatkan Sistem Kabel Bay to Bay Express (BtoBE) atas kerjasama Facebook dan Time Dotcom Berhad, Sistem Kabel MIST oleh NTT dengan kerjasama Arus Restu Sdn Bhd, Sistem Kabel IAX dan Sistem Kabel BaSICS ole PP Telecommunication Sdn Bhd.

    Tan Sri Annuar turut menambah bahawa Malaysia dihubungkan dengan 17 perkhidmatan kabel dasar laut berbeza yang cukup untuk menampung kapasiti jaringan pada masa akan datang. Empat daripada 17 kabel tersebut telah dihubungkan  ke Sarawak untuk rangkaian teras yang menghubungkan Sabah dan Sarawak kepada dunia luar.

    Sarawak dan Sabah sudah dihubungkan dengan Sistem Kabel Rakyat Malaysia (SKRM) oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) yang menghubungkan Mersing ke Kuching, Bintulu dan Miri dengan kapasiti semasa 7.4 terabit per sec (Tbps) dan sistem kabel East-West dari Mersing ke Kuching oleh Sacofa Sdn Bhd dengan kapasiti semasa 600 gigabit per sec (Gbps).

    Sistem Kabel BaSICS oleh PP Telecommunication Sdn Bhd dengan kapasiti 48 Tbps bakal berfungsi bagi not gerbang antarabangsa yang baru bagi Sarawak pada suku kedua tahun ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Harian Metro 

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured