More

    Energizer kini di Malaysia: Energy E241, E241S, skrin 2.4 inci, harga bermula RM169

    Baru-baru ini, Energizer telah membuat keputusan untuk memasarkan telefon pintar terbaru di pasaran Malaysia. Mereka telah memperkenalkan dua buah model telefon iaitu Energizer Energy E241 dan Energy E241S.

    Kedua-dua telefon ini hadir dengan spesifikasi yang hampir sama. Energy E241 dan Energy E241S ini dilengkapi dengan skrin 2.4 inci TFT QVGA dengan resolusi 240 x 320, RAM 4GB, storan 512MB dan slot microSD untuk tambahan storan sehingga 128GB. Ia juga hadir dengan kamera swafoto VGA dan bateri sebesar 1900mAh.

    Peranti ini menggunakan sistem operasi KaiOS dan KaiStore yang membolehkan pengguna memuat turun aplikasi seperti Google Assistant, Facebook, Google Maps, YouTube dan juga Twitter.

    Perbezaan antara kedua-dua peranti ini hanyalah pada cipsetnya, Energy E241 datang dengan cipset Unisoc SC7721E manakala Energy E241S dengan Unisoc SC9820E. Telefon Energy E241 ini hanya menyokong 3G sahaja dan E241S mampu untuk menyokong 4G.

    Untuk harga pula, Energizer Energy E241 dijual pada tanda harga RM169 dan Energy E241S pada tanda harga RM199.

    Nantikan berita lanjut mengenai Energizer Malaysia ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : 1 | 2

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured