More

    Energizer umum telefon pintar dengan bateri 7,000mAh yang tidak bersaiz besar

    Energizer merupakan sebuah jenama yang terkenal dengan produk bateri dan pernah menghasilkan telefon pintar yang amat besar kerana baterinya yang berkapasiti 18,000mAh. Kini, Energizer melancarkan sebuah lagi telefon namun ia mempunyai saiz yang lebih serupa dengan kebanyakan telefon pintar.

    Dalam acara Mobile World Congress, mereka telah melancarkan Energizer Ultimate U680S yang dilengkapi bateri berkapasiti 7,000mAh dan mempunyai ketebalan sekitar 10mm sahaja. Jurucakap syarikat yang membina telefon tersebut, Loic Schiano, mengatakan telefon ini boleh dimasukkan ke dalam poket dengan mudah.

    Selain itu, mereka turut melancarkan Energizer Hard Case G5 yang dilengkapi bateri 5,000mAh, cipset MediaTek Dimensity 720, sistem operasi Android 11 dan rating kalis air IP69. Energizer Ultimate U680S akan dijual pada harga USD140 (~RM585) manakala Energizer Hard Case G5 pula berharga USD599 (~RM2,490).

    Setakat ini pihak Energizer masih belum mengumumkan tarikh pelancaran kedua-dua produk untuk mana-mana negara. Kongsi pendapat anda tentang telefon Energizer ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: PC Mag

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured