Epic Games Store dilaporkan akan memberikan 15 games secara percuma akhir bulan ini bermula dari 16 Disember sehingga 30 Disember. Maklumat itu datang daripada Dealabs yang mana sebelum ini dia mendedahkan games Xbox Live pada Disember bersama-sama barisan PS Plus untuk September, Oktober, November dan Disember.
Promosi akan bermula dengan game percuma Shenmue 3 pada 16 Disember. Jualan akhir tahun juga akan dimulakan pada hari yang sama, berlangsung sehingga 6 Januari 2022. 14 games pertama dilaporkan akan tersedia untuk hanya satu hari setiap satu manakala game yang ke-15 akan tersedia selama seminggu.
Epic Games memberikan 15 games pada tahun lepas dan 12 games percuma pada 2019 dalam tempoh yang sama. Ini bermakna promosi tahun ini sekali lagi akan mengikut format yang sama. Pada masa ini, Godfall Challenger Edition dan Prison Architect tersedia untuk muat turun secara percuma dan akan berlangsung sehingga 16 Disember.
Beritahu kami di Facebook jika anda akan mendapatkan game percuma dari EGS dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Gizmochina






