More

    Epic Games Store: “Game” Tomb Raider Trilogy tersedia secara percuma

    Terbaru, Epic Games telah memberikan penggunanya tiga game yang terkenal bagi siri Tomb Raider terbaharu. Tiga game tersebut ialah Tomb Raider, Rise of the Tomb Raider dan Shadow of the Tomb Raider. Game tersedia secara percuma untuk sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Epic Games. Anda hanya perlu pergi ke laman web Epic Games dan muat turun game tersebut. Treler di bawah adalah untuk kompilasi trilogi yang dikeluarkan baru-baru ini:

    Melihat kepada tajuk game tersebut, kita dapat menjangkakan bahawa tiga game ini menakjubkan dan anda bakal dapat versi penuh serta kandungan tambahan. Pelayan (server) Epic mungkin sesak dan anda mungkin menghadapi masalah melancarkan game dalam beberapa jam pertama.

    Tetapi jangan risau, ia tersedia selama 24 jam. Situasi yang sama berlaku tahun lepas apabila syarikat itu telah memberikan Grand Theft Auto V kepada penggunanya. Tiga game ini akan tersedia untuk pengaktifan di Epic Games Store sehingga 6 Januari.

    Jika anda bercadang untuk melakukan muat turun pada waktu yang lain, anda boleh menambah game tersebut ke Perpustakaan anda dan anda boleh memuat turunnya serta memasangnya pada bila-bila masa yang anda mahu. Perlu diingat bahawa tiga game ini tidak memerlukan pelan langganan.

    Sebaik sahaja anda menebus game ini, ia akan menjadi milik anda selama-lamanya. Beritahu kami di Facebook jika anda akan mendapatkan game percuma dari EGS dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...