More

    Era game mahal bermula? GTA 6 diumum dengan harga permulaan RM339

    Selepas berbulan-bulan spekulasi dan pelbagai kebocoran harga, Rockstar akhirnya mengesahkan tanda harga rasmi untuk Grand Theft Auto VI (GTA 6). Pemain yang mahu masuk ke Vice City generasi baharu perlu bersedia dengan harga permulaan RM339 untuk edisi standard.

    Selain itu, Rockstar turut memperkenalkan Ultimate Edition pada harga RM419 yang hadir dengan kandungan tambahan dalam permainan termasuk item eksklusif berkaitan watak utama Jason dan Lucia. Tempahan awal mula dibuka 25 Jun 2026 untuk PlayStation 5 dan Xbox Series X|S manakala pelancaran rasmi dijadualkan pada 19 November 2026.

    Untuk pembelian digital, pemain juga boleh mula melakukan pre-load lebih awal sebelum hari pelancaran. Satu lagi perkara yang mungkin mengejutkan peminat koleksi ialah versi fizikal GTA 6 dilaporkan tidak menyertakan cakera permainan. Sebaliknya, kotak fizikal hanya mengandungi kod muat turun untuk pemasangan digital.

    Langkah ini dipercayai dibuat kerana saiz permainan yang besar serta bagi memudahkan proses pre-load. Dengan GTA 6 melepasi paras harga lama, ramai melihat langkah ini sebagai petanda bahawa industri permainan AAA mungkin sedang bergerak ke era harga baharu.

    Namun begitu, penganalisis percaya permintaan luar biasa terhadap GTA 6 masih akan memastikan jualannya kekal sangat tinggi. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg...

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan...

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured