More

    Eskalator bakal dibina di Batu Caves, mudahkan warga emas dan OKU

    Batu Caves boleh dikatakan sebagai salah satu tarikan pelancong yang popular di Malaysia. Selain patung gergasi ikonik, terdapat juga 272 anak tangga yang berwarna-warni. Penganut dan pelancong mesti mendaki 272 anak tangga berwarna-warni untuk sampai ke kuil Batu Caves.

    Menurut laporan, eskalator akan dibina di Batu Caves tahun ini untuk memudahkan penganut dan pelancong ke Kuil Sri Subramaniam. Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Kuil Batu Caves, Tan Sri Nadaraja berharap kerajaan dapat memperuntukkan dana untuk penyelenggaraan dan pengindahan Batu Caves.

    Beliau juga mendedahkan bahawa bagi membolehkan kumpulan yang memerlukan untuk sampai ke kuil di dalam gua itu, Batu Caves akan mula membina eskalator pada tahun ini. Pihaknya berharap kerajaan dapat membantu kerana pada tahun ini, mereka akan melancarkan projek pembinaan eskalator untuk membantu warga emas dan orang kurang upaya yang tidak dapat menaiki tangga.

    Tahun ini, Batu Caves akan melaksanakan dua projek selepas Thaipusam. Selain pembinaan eskalator, ia turut merangkumi auditorium pelbagai guna yang dianggarkan menelan belanja RM35 juta, namun beliau tidak mendedahkan dana yang diperlukan untuk membina eskalator itu. Beliau turut meramalkan Batu Caves akan menerima 1 juta pengunjung tahun ini.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Star

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured