More

    Esports Foundation labur lebih AS$100 juta untuk 40 kelab e-sukan elit dunia

    Esports Foundation mengumumkan pemilihan 40 kelab e-sukan elit global bagi menyertai Program Rakan Kelab 2026 iaitu sebuah inisiatif bernilai AS$20 juta yang bertujuan memperkukuh ekosistem esports antarabangsa serta memperluaskan capaian peminat menjelang Esports World Cup 2026.

    Setiap kelab terpilih berpotensi menerima pembiayaan sehingga AS$1 juta dan disertakan dengan sokongan strategik serta akses kepada pendedahan global. Program yang kini memasuki tahun ketiga telah menyalurkan lebih AS$100 juta kepada kelab sejak diperkenalkan merangkumi sokongan dalam operasi kompetitif, pemasaran serta penglibatan komuniti.

    Secara kolektif, 40 kelab yang dipilih bagi edisi 2026 mewakili lebih 300 juta peminat di seluruh dunia yang menunjukkan peranan besar organisasi kelab dalam membentuk landskap e-sukan moden yang berasaskan komuniti. Untuk pengagihan, kohort 2026 merangkumi penyertaan global termasuk Eropah, China, Amerika Utara, Asia Tenggara, India dan Amerika Latin.

    Pemilihan dibuat berdasarkan penilaian prestasi kompetitif, tahap penglibatan peminat serta kekuatan strategi pemasaran dengan lapan kelab menerima jemputan terus berdasarkan pencapaian dalam edisi sebelumnya.

    Program ini terbukti berkesan apabila pada 2025, kelab terlibat berjaya menjana lebih 300 juta tontonan dan melibatkan lebih 10 juta peminat melalui ratusan inisiatif global. Program Rakan Kelab Esports Foundation dilihat sebagai antara pemacu utama dalam memperkukuh struktur ekonomi dan pengaruh global e-sukan

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured