More

    ETS3 mula beroperasi – Sultan Ibrahim jadi jurupandu pertama ke Kluang

    Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini merasmikan perkhidmatan Electric Train Service 3 (ETS3) bagi laluan selatan kendalian Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Stesen Kuala Lumpur. Baginda tiba sekitar jam 7.45 pagi dan disambut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

    Selepas pelancaran, Sultan Ibrahim sendiri mengendalikan tren ETS3 menuju ke Stesen Kluang, Johor, dalam perjalanan yang mengambil masa kira-kira tiga jam setengah. Kehadiran baginda menandakan sokongan terhadap usaha meningkatkan kemudahan pengangkutan awam di selatan tanah air.

    Setibanya di Kluang, Sultan Ibrahim turut merasmikan Mahkota Rail Park iaitu sebuah taman awam sepanjang 2.8 kilometer yang dibangunkan di bawah jejambat projek Laluan Elektrik Berkembar Gemas–Johor Bahru (EDTP). Taman itu dijangka menjadi tarikan baharu serta memberi manfaat rekreasi kepada penduduk setempat.

    Pelancaran ETS3 ini dianggap sebagai satu lagi pencapaian penting dalam memperkukuh jaringan rel nasional khususnya dalam menyediakan perkhidmatan lebih moden, selesa dan efisien kepada rakyat. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...