More

    EU wajibkan port USB-C dalam peranti digital termasuk iPhone pada 2024

    Menjelang musim luruh 2024, semua telefon mudah alih, tablet dan kamera yang dijual di Kesatuan Eropah (EU) wajib menggunakan hubungan kabel USB-C seperti dalam perjanjian oleh Pesuruhjaya EU. Undang-undang baharu ini turut berkuat kuasa bagi peranti Apple.

    Hal ini berlaku kerana pengguna di EU berasa agak leceh untuk membeli kabel yang berbeza bagi model peranti yang lain. Memandangkan ia hanya berlaku pada tahun 2024, siri iPhone 16 mungkin akan dilengkapi dengan port USB-C. 

    Walau bagaimanapun, peraturan ini hanya terpakai pada peranti yang mengecas melalui kabel berwayar dan bukan wayarles. Oleh itu, pengguna mungkin melihat peranti iPhone tanpa port USB-C.

    Selain kategori tersebut, komputer riba, e-pembaca, fon telinga, papan kekunci, tetikus komputer, peranti navigasi mudah alih, fon kepala, konsol video game dan pembesar suara mudah alih turut disertakan. 

    Undang-undang baharu ini akan membantu pengguna menjimatkan sehingga €250 juta (~RM1.1 bilion) setahun untuk pembelian alat pengecasan yang tidak perlu. Alat pengecasan yang dibuang dan tidak diguna telah menghasilkan kira-kira 11,000 tan sisa elektronik setiap tahun, seperti yang dinyatakan oleh Parlimen EU.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Android Authority

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured