More

    EV nasional Proton e.MAS 7 mencatat 2,500 tempahan pertama

    PRO-NET, anak syarikat PROTON, telah mencatat pencapaian membanggakan apabila Proton e.MAS 7, kenderaan elektrik (EV) pertama syarikat, menerima lebih 2,500 tempahan dalam tempoh yang singkat. Proton e.MAS 7 ditawarkan dalam dua varian iaitu Prime dan Premium dengan bateri berkapasiti 49.52 kWh dan 60.22 kWh.

    EV ini mampu mencapai jarak WLTP sehingga 410 km dan menyokong pengecasan pantas DC sehingga 100 kW. Harga bermula dari RM109,800 bagi varian Prime dan RM123,800 untuk Premium. Sebagai promosi khas untuk 3,000 pelanggan pertama, rebat RM4,000 diberikan.

    Dengan ciri inovatif dan peta pengecasan komprehensif yang diakses melalui Aplikasi Proton e.MAS, EV ini direka khas untuk memenuhi keperluan rakyat tempatan. Pelanggan juga akan menikmati Pakej Kuasa Pelancaran bernilai RM8,000 termasuk pengecas rumah percuma, adaptor V2L, data internet tanpa had serta jaminan kenderaan dan bateri yang meluas.

    Tempahan kini dibuka di 30 bilik pameran Proton e.MAS di seluruh negara atau secara dalam talian melalui laman web rasmi. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Proton e.MAS 7 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured