More

    EV pertama Ferrari bakal dilancar pada 2025 dengan harga sekitar ~RM2.53 juta

    Ferrari mungkin menyembunyikan berita tentang kereta elektrik pertamanya tetapi khabar angin menjangkakan tanda harga yang tinggi iaitu sekitar $537,000(~RM2.53 juta), keluaran lewat 2025 dan penghantaran mungkin menjangkau hingga 2026 serta pengeluaran terhad.

    Ferrari elektrik kedua sudah pun dikhabarkan sedang dalam usaha. Tumpuan kekal pada mengekalkan identiti jenama walaupun dalam era elektrik. Ferrari menjanjikan “bunyi tulen” untuk EV dan bertujuan untuk mengehadkan impak pada ev eksklusifnya.

    Bilangan pengeluaran dijangka dihadkan sekitar 20,000 setiap tahun dan kenderaan elektrik dijangka menyumbang 5% daripada jualan Ferrari menjelang 2026 serta meningkat kepada 40% menjelang 2030. Peralihan ke arah elektrifikasi ini berlaku seiring dengan pembukaan kilang baharu di Maranello.

    Walaupun SUV Purosangue telah berjaya, Ferrari berhati-hati untuk tidak menjadi jenama SUV semata-mata. Kilang baharu ini membayangkan peningkatan kapasiti pengeluaran dengan hypercar yang sangat dinanti-nantikan itu dijangka akan didedahkan lewat tahun ini.

    Masa depan Ferrari menitikberatkan keseimbangan antara tradisi dan inovasi dengan pengekalan V12 serta penghasilan enjin elektrik yang berprestasi. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Reuters

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured