More

    Exynos 2200 akan miliki prestasi puncak 30% dan ketahanan 20% lebih tinggi daripada Exynos 2100

    Pelancaran Exynos 2200 akan menjadi acara utama untuk grafik telefon pintar. GPU cipset ini berdasarkan seni bina RDNA 2 AMD yang digunakan dalam APU, kad grafik dan PlayStation 5 serta Xbox One Series.

    Persoalan terbesar ialah bagaimana jurutera yang membina cipset ini untuk mengendalikan peralihan kepada TDP yang terhad bagi cipset mudah alih. Salah satu sumber berkongsi nombor yang menunjukkan peningkatan prestasi berbanding Exynos 2100 yang berada di pasaran sekarang.

    Prestasi puncak meningkat sebanyak 31-34% manakala prestasi ketahanan meningkat sebanyak 17-20%. Untuk pengetahuan, keputusan ini adalah berdasarkan perkakasan dan perisian pra-keluaran dan mungkin berbeza untuk produk sebenar yang akan dilancarkan.

    Sukar untuk mengatakan bagaimana GPU Exynos 2200 jika dibandingkan dengan Adreno dalam Snapdragon 898 baharu. Exynos dijangka akan menjadi pendahulu berbanding Snapdragon 888 yang keluar dalam penyenaraian 3DMark Wild Life. Tetapi, kami tidak mempunyai data prestasi jika 898 dibandingkan dengan 888.

    GPU AMD akan menawarkan beberapa ciri unik seperti pengesanan sinar. Pengesanan sinar kini menjadi standard dalam permainan PC dan konsol segmen andalan yang telah membolehkan pembangun game memperoleh banyak pengalaman dengannya.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Lepas 10 tahun guna logo sama, Instagram akhirnya buat perubahan besar

    Instagram secara rasmi memperkenalkan reka bentuk logo teks (wordmark) baharu yang memaparkan nama platform tersebut pada bahagian atas aplikasi. Penukaran ini merupakan...

    nubia A77 5G tiba di Malaysia dengan Unisoc T8300 Ultimate dan skrin 120Hz berharga...

    nubia secara rasmi melancarkan peranti kelas pertengahan baharu iaitu nubia A77 5G untuk pasaran tempatan. Telefon pintar ini dibangunkan sebagai pilihan peranti...

    Google Pixel Watch 5 dan Pixel Tag dilancar dengan harga bermula RM139

    Google secara rasmi melancarkan jam pintar Pixel Watch 5 dan peranti penjejak pintar pertama mereka, Pixel Tag. Pixel Watch 5 hadir dalam...

    Google Pixel 11 Pro Fold turut rasmi dengan dengan cip Tensor G6 dan IP68...

    Selain siri Pixel 11 standard, Google turut mengumumkan telefon pintar boleh lipat baharu Pixel 11 Pro Fold untuk pasaran Malaysia. Peranti ini...

    Google Pixel 11 rasmi di Malaysia dengan cip Tensor G6 dan lampu HiLight LED...

    Google secara rasmi melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di Malaysia yang merangkumi Pixel 11, Pixel 11 Pro dan Pixel 11 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured