More

    F1 ganti perlumbaan yang dibatalkan dengan perlumbaan dalam ‘game’, semua pelumba F1 akan sertai

    Memandangkan beberapa perlumbaan F1 pada tahun ini sudah pun dibatalkan kerana wabak COVID-19, pihak penganjur memutuskan untuk menggantinya dengan versi perlumbaan dalam permainan video yang dinamakan Virtual Grand Prix. Ia akan dimulakan dengan Virtual Bahrain Grand Prix pada 22 Mac, 8:00pm GMT (23 Mac, 4:00am waktu Malaysia) dan bakal mengganti semua perlumbaan yang sudah dibatalkan sehingga bulan Mei.

    Barisan pemandu F1 yang sebenar akan berlumba di dalam game F1 2019 versi PC secara dalam talian dan akan disertai beberapa selebriti yang akan diumumkan kelak. Para penonton boleh menontonnya melalui saluran rasmi F1 di YouTube, Twitch dan Facebook. Untuk perlumbaan Bahrain, ia akan menampilkan 28 pusingan yang diramalkan berlangsung selama 1 jam 30 minit.

    Seperti dalam perlumbaan sebenar, posisi grid akan ditentukan berdasarkan waktu pusingan (lap) terpantas dalam tempoh kelayakan. Memandangkan tidak semua pemandu F1 mempunyai tahap kemahiran yang tinggi dalam game F1 2019, semua kereta dalam game tersebut akan mempunyai seting yang sama untuk menggalakkan perlumbaan yang lebih kompetitif.

    Virtual Grand Prix adalah untuk tujuan hiburan sahaja dan tidak akan mempengaruhi keputusan F1 sebenar. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk menonton e-sukan ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Laman web rasmi Formula 1

     

    Artikel Terkini

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Internet terbuka jadi punca, Gemini AI ceroboh 3 syarikat sebenar

    Google mengesahkan model kecerdasan buatan Gemini menceroboh sistem keselamatan tiga syarikat luar ketika ujian keupayaan keselamatan siber dijalankan oleh firma pihak ketiga,...

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured