More

    F1 kembali ke Malaysia! Sepang dipilih ganti perlumbaan Bahrain yang dibatalkan

    Litar Antarabangsa Sepang disahkan bakal menjadi tuan rumah perlumbaan Formula 1 pada 4 Oktober ini bagi menggantikan perlumbaan Grand Prix Bahrain yang dibatalkan ekoran konflik di Timur Tengah. Perlumbaan ini kali terakhir dianjurkan di Sepang pada tahun 2017. Acara berkenaan diumumkan secara rasmi di bawah nama “Gulf Air Bahrain Grand Prix in Malaysia”.

    Keputusan ini dibuat selepas Litar Sepang mengekalkan status Gred 1 daripada Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) yang melayakkannya menganjurkan perlumbaan kelas utama tersebut. Kedudukan Sepang yang berhampiran dengan Singapura juga memudahkan urusan logistik memandangkan perlumbaan di Singapura dijadualkan berlangsung pada minggu seterusnya.

    Litar Antarabangsa Sepang yang terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur mempunyai kapasiti menampung sehingga 130,000 penonton. Penganjuran semula disifatkan sebagai acara satu kali sahaja buat masa ini. Menurut Perdana Menteri Anwar Ibrahim, kerjasama ini mencerminkan hubungan erat antara Malaysia dan Bahrain serta membuktikan keupayaan negara menganjurkan acara antarabangsa berskala besar.

    Kementerian Belia dan Sukan pula menyatakan penganjuran ini dijangka memberi impak ekonomi positif menerusi sektor pelancongan, pelaburan dan aktiviti ekonomi berkaitan sukan. Pihak penganjur kini memberi tumpuan kepada persediaan fasiliti litar dan pengurusan sistem tiket menjelang perlumbaan pada bulan Oktober nanti.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    NEXAL Pad rasmi di Malaysia dengan skrin 2.5K 11″ dan bateri 10,000mAh berharga RM1,099

    NEXAL melancarkan tablet julung kalinya untuk pasaran tempatan menerusi penawaran NEXAL Pad. Peranti disasarkan untuk kegunaan produktiviti dan harian dengan menampilkan rekaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...