More

    F150 lancar telefon tahan lasak pertama, B2021: Bateri 8000mAh, IP68/69K, berharga ~RM444

    Baru-baru ini, sebuah syarikat baru dari China, F150 telah melancarkan telefon pertama mereka, B2021. B2021 adalah sebuah telefon tahan lasak yang dikhaskan kepada peminat aktiviti luar yang inginkan penyelesaian kepada masalah yang mereka hadapi.

    B2021 dilengkapi dengan beberapa ciri yang menarik. Pertama sekali, ia hadir dengan bateri 8000mAh yang mampu bertahan lebih dari 2 hari (penggunaan aktif). Ia juga menyokong pengecasan pantas 18W yang dapat mengecas penuh kurang dari 3 jam.

    Selain itu, B2021 juga hadir dengan skrin 5.86 inci HD+ Corning Gorilla Glass 5 dengan resolusi 1520 x 720 piksel. Untuk prestasi pula, ia dikuasai oleh Mediatek Helio G25 yang sudah cukup baik untuk penggunaan ketika aktiviti lasak.

    B2021 juga hadir dengan RAM LPDDR4x 6GB dengan storan 64GB dan menyokong penambahan storan sehingga 256GB dengan kad microSD.

    Pada bahagian belakang pula, ia mempunyai modul kamera yang menempatkan 4 kamera dengan lampu kilat LED yang kuat. Kamera utamanya adalah kamera 13MP yang terletak bersama kamera makro 2MP, sensor kedalaman 2MP dan kamera pembantu (auxiliary camera).

    Pada bahagian depan pula, ia hadir dengan kamera swafoto 8MP dengan ciri AI Beauty. B2021 menggunakan perisian Android 10 dan hadir dengan dua mod berbeza. Mod normal untuk penggunaan biasa dan mod F150 yang direka khas untuk aktiviti luar rumah. Ia juga hadir dengan NFC yang menyokong Google Pay.

    Seperti telefon tahan lasak yang lain, ia hadir dengan ciri kalis air IP68/69K dengan pengesahan STD-MIL-810G. Ini bermakna B2021 mampu bertahan jika dijatuhkan dari tinggi 1.5m dan kedalaman air sehingga 1.5m selama 30 minit.

    Selain itu, B2021 juga mempunyai reka bentuk kalis gegar dan kalis habuk. Reka bentuk telefon ini adalah unik dengan dua pilihan warna, Rock (hitam) dan Sahara Yellow (kuning) yang menarik.

    "
    "

    Untuk harga pula, B2021 dijual pada harga serendah $199.99 (~RM808) untuk RAM 6GB dengan storan 64GB. Harga peranti ini akan turun ke $109.99 (~RM444) sempena pelancaran global mereka tidak lama lagi (18 – 19 Januari).

    Adakah anda berminat dengan telefon tahan lasak dari F150 ini? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured