More

    Facebook: 3,000 akaun telah disekat kerana menyebarkan maklumat palsu mengenai COVID-19

    Semenjak dunia dilanda wabak COVID-19, Facebook telah mengambil langkah yang lebih keras untuk membendung kepalsuan maklumat mengenai vaksin dan wabak ini. Berjuta-juta kiriman telah dihapuskan kerana berkongsi maklumat yang salah dan mengelirukan melalui 3,000 akaun yang kini telah disekat.

    Facebook berkongsi statistik itu kepada umum yang merupakan laporan standard rasmi penguatkuasaan untuk menunjukkan syarikat itu serius dalam menangani isu kepalsuan maklumat. Syarikat itu juga menyatakan bahawa lebih 20 juta bahan kandungan dihapuskan dan lebih 190 juta kiriman telah diberikan amaran sepanjang pandemik ini berlaku.

    Wakil daripada Facebook, Monika Bickert berkata syarikat itu sedang giat berusaha dan kini dalam proses menghapuskan 65 jenis kepalsuan maklumat tentang vaksin, di mana salah satunya mengatakan kesan vaksin boleh menjadikan badan manusia sebagai medan magnet. Beliau menambah, beberapa kumpulan cuba menggunakan perkataan yang dicampurkan kod bagi menghindarkan kiriman mereka daripada dikesan.

    Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden berkata bahawa Facebook perlu memainkan peranan yang penting dalam membantu kerajaan menangani maklumat palsu mengenai vaksin dan wabak ini. Pihak Facebook mengatakan bahawa tahap keraguan terhadap vaksin telah turun sebanyak 50 peratus melalui tinjauan yang dibuat dan Pusat Maklumat COVID-19 meraih capaian 2 bilion pengguna.

    Adakah anda berminat dengan berita ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: engadget

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured