More

    Facebook akan tamatkan fungsi Nearby Friends serta lain-lain fungsi berasaskan lokasi

    Perkhidmatan media sosial Facebook melaporkan bahawa ia akan menamatkan fungsi Rakan Berhampiran (Nearby Friends) dan lain-lain fungsi yang menggunakan lokasi pengguna pada akhir bulan Mei 2022.

    Facebook juga mengatakan semua maklumat yang berkaitan dengan fungsi-fungsi ini akan dipadam daripada pelayan (server) Facebook. Untuk mereka yang tidak mengenalinya, Nearby Friends adalah sebuah fungsi yang membenarkan pengguna untuk berkongsi lokasi mereka dengan rakan-rakan Facebook.

    Para pengguna aplikasi Facebook dalam platform iOS dan Android telah pun menerima pemberitahuan tentang penamatan fungsi Nearby Friends, Time Alerts, Location History, Weather Alerts dan Background Location.

    Sesetengah data seperti sejarah lokasi pengguna boleh dimuat turun sehingga 1 Ogos 2022. Selepas tarikh itu, Facebook akan memadam data tersebut.

    Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna Facebook akan berhenti mengumpul data pengguna. Syarikat itu mengatakan data lokasi akan terus dikumpul “untuk pengalaman lain.”

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 9to5 Mac

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...