More

    Facebook dan Instagram rendahkan mutu video di Eropah untuk memberi lebih ruang kepada “bandwith”

    Perkhidmatan media sosial di Eropah kini bertindak merendahkan mutu video dalam aplikasi mereka untuk membantu rangkaian internet menangani peningkatan penggunaan internet sewaktu ramai orang kekal dalam rumah sewaktu wabak COVID-19.

    Menurut laporan oleh Engadget, Facebook dan Instagram akan mengurangkan bitrate video mereka buat sementara untuk membantu rakan-rakan dalam industri telekomunikasi untuk menangani penggunaan bandwith yang semakin meningkat dan membenarkan semua orang untuk kekal berhubung pada waktu ini.

    “Untuk mengurangkan sebarang kesesakan dalam rangkaian, kami akan mengurangkan bitrate video dalam Facebook dan Instagram di Eropah. Kami komited untuk bekerjasama dengan rakan kongsi kami untuk mengurus sebarang kekangan bandwith sewaktu tempoh penggunaan tinggi, sementara menjamin bahawa pengguna akan boleh kekal berhubung menggunakan aplikasi dan perkhidmatan Facebook sewaktu wabak COVID-19,” menurut sebuah kenyataan daripada Facebook kepada Engadget.

    Beritahu kami di Facebook apakah pendapat anda tentang berita ini dan adakah langkah yang sama akan diambil di rantau Asia Tenggara. Teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Engadget

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured