More

    Facebook dan Twitter bakal tiru Clubhouse untuk wujudkan perbualan audio

    Baru-baru ini, populariti aplikasi Clubhouse melonjak setelah ia mula digunakan oleh personaliti teknologi terkenal Elon Musk. Platform media sosial seperti Facebook dan Twitter kini dilaporkan bakal mengikut jejak langkah Clubhouse untuk mewujudkan ciri perbualan audio.

    Sepintas lalu, aplikasi Clubhouse membenarkan anda bersosial hanya melalui suara dan audio. Tiada muat naik gambar atau video dibenarkan di dalam aplikasi tersebut. Menariknya, anda boleh mendengar perbualan orang lain juga. (Ketahui maklumat lanjut mengenai Clubhouse di sini)

    Facebook dilapor bakal mengikut jejah langkah Clubhouse dengan membina ciri yang sama. Aplikasi dari Facebook yang berfokuskan siaran audio ini mungkin bakal dinamakan Facebook Fireside (kod nama ini mungkin berubah). Apa pun, masih tidak diketahui maklumat lanjut atau tarikh pelancara aplikasi baru ini.

    Selain Facebook, Twitter terdahulu turut dilapor bakal mengikut jejak langkah Clubhouse. Beberapa pengguna Twitter melaporkan bahawa mereka mendapat ciri baru yang diberi nama Twitter Spaces. Ciri ini memberi ruangan perbualan audio untuk pengguna. Namun, ia masih belum dilancarkan secara rasmi untuk pengguna awam.

    Twitter Spaces mirip Clubhouse

    Apakah pendapat anda mengenai perbualan menerusi audio? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 1 | 2

     

    Artikel Terkini

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured