More

    Facebook dan WhatsApp sedang mengusahakan ciri Communities, mesej tanpa penyambungan internet

    Perkhidmatan aplikasi WhatsApp dikatakan sedang mengusahakan ciri baharu bernama Communities, yang telah dikesan pada bulan Oktober oleh XDA Developers. Kini, WABetaInfo turut menyokong maklumat tersebut dan ia telah pun tersedia untuk pengguna WhatsApp Beta.

    Ciri komuniti memberi pentadbir kumpulan lebih kuasa dalam kumpulan tertentu, yang akan menyertakan pilihan untuk membuat kumpulan dalam kumpulan seperti saluran di Discord. Pentadbir baharu dapat menjemput pengguna baharu melalui Pautan Jemputan Komuniti (Community Invite link) baharu, kemudian mereka boleh mula menghantar mesej kepada pengguna lain. 

    Terdapat perubahan susun atur untuk menjadikan komuniti kelihatan berbeza berbanding kumpulan biasa. WABetaInfo menyatakan bahawa ikon komuniti akan menjadi segi empat sama, satu format yang dilaksanakan secara tidak sengaja oleh aplikasi pada Oktober 2021.

    Setelah berbulan-bulan ujian beta dan beberapa pendedahan, WhatsApp Meta akhirnya boleh dikemas kini di telefon pintar yang membolehkan pengguna menggunakan utusan (messenger) pada peranti lain tanpa penyambungan internet. Anda juga boleh mengakses perbualan anda dari PC atau WhatsApp Web tanpa telefon pintar anda. Walau bagaimanapun, hanya empat peranti boleh disambungkan secara serentak.

    Anda boleh ke bahagian Peranti Terpaut (Linked Devices) kemudian tekan ikon tiga titik di penjuru kanan sebelah atas. Untuk pengguna kali pertama, WhatsApp akan menunjukkan pemberitahuan dan anda perlu log masuk dengan kod yang dihantar ke peranti anda. Selain itu, ciri ini akan menukar kod keselamatan WhatsApp di mana anda akan menerima satu mesej bahawa WhatsApp telah menukar kod aplikasi anda.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina/ Wabetainfo

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured