More

    Facebook dilapor bangunkan fungsi ringkaskan artikel melalui AI, tak perlu baca artikel panjang

    Anda pasti sudah menjadi warganet yang setia mencari maklumat melalui laman berita digital dan sebagainya. Artikel yang terlalu panjang kadang-kala membuatkan kita tidak ingin membacanya sehingga perenggan akhir. Facebook kini dilapor merancang untuk mewujudkan alat TLDR (alat untuk meringkaskan penulisan) agar anda dapat membaca ringkasan keseluruhan artikel.

    Perkara ini dilapor telah disuarakan pada mesyuarat tahunan oleh Mark Zuckerberg melalui rakaman audio yang disebar oleh pekerja Facebook. Menurut sumber, audio yang dirakam menyatakan bahawa Facebook sedang membangunkan alat pembantu kecerdasan buatan (AI) di bawah nama kod TLDR.

    Alat ini berupaya untuk meringkaskan artikel dalam bentuk poin sahaja, sekaligus memudahkan pembacaan anda. Bukan itu sahaja, ia juga mungkin dilengkapi penyampaian audio untuk membacakan artikel kepada anda.

    Selain itu, syarikat ini juga dilapor sedang mengusahakan teknologi AI yang boleh berlatih sendiri untuk mengesan maklumat palsu dan ucapan berunsur kebencian. Setakat ini, jurucakap Facebook Liz Bourgeouis tidak memberi apa-apa maklum balas mengenai perkara ini.

    Adakah alat ini bakal menyenangkan anda atau sebenarnya lebih menyumbang kepada golongan malas membaca? Kongsikan pandangan anda bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BuzzFeed News

     

    Artikel Terkini

    Samsung janji 5 tahun sokongan kemas kini Untuk Galaxy Watch9 Dan Watch Ultra2

    Samsung secara rasmi mengumumkan peningkatan polisi sokongan perisian bagi jam tangan pintar terbaharunya iaitu Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 sewaktu acara...

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Google kini benarkan log masuk akaun guna video selfie

    Google secara rasmi memperkenalkan kaedah log masuk baharu menerusi rakaman video selfie bagi pengguna yang terputus akses atau terkunci daripada Akaun Google...

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured