More

    Facebook halang pengguna Australia daripada mengakses kandungan berita

    Pada hari ini, Facebook telah menghalang para pengguna di Australia daripada mengakses atau berkongsi sebarang kandungan berita di laman web media sosial itu. Halangan ini melibatkan berita tempatan dan antarabangsa serta beberapa laman rasmi kerajaan Australia.

    Selain itu, para pengguna Facebook di seluruh dunia juga tidak boleh mengakses laman berita dari Australia. Facebook mengambil tindakan ini berikutan cadangan undang-undang baru dalam negara itu (Media Bargaining Law) yang akan mewajibkan syarikat teknologi besar untuk membuat bayaran kepada syarikat media bagi sebarang kandungan berita.

    Syarikat seperti Google dan Facebook telah mengkritik undang-undang baru itu kerana ia seolah-olah mendenda mereka. Kerajaan Australia menyatakan mereka akan melaksanakan undang-undang tersebut yang baru sahaja diluluskan dalam parlimen bawahan semalam.

    Tindakan Facebook ini telah mengundang kemarahan rakyat Australia kerana ia akan mengekang kebebasan rakyat untuk berkongsi maklumat penting, terutamanya sewaktu wabak COVID-19 masih menular. Kerajaan Australia akan merancang untuk melaksanakan undang-undang baru itu selepas ia akan didebatkan pada hari ini.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BBC

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured