More

    Facebook ingin jadi tukang tilik melalui aplikasi Forecast

    ‘Bilakah vaksin COVID-19 akan dihasilkan?’ adalah antara soalan yang Facebook ingin berikan jawapan. Aplikasi iOS terbaru yang dihasilkan oleh Facebook, Forecast memberi ruang kepada pakar dan orang ramai untuk menolong Facebook ‘meramal’ masa hadapan. Orang ramai boleh mengundi atas jawapan yang mereka ramalkan akan berlaku.

    Mengikut Facebook, usaha pertama telah mula dilaksanakan pada hari ini dengan pakar akademik dan penyelidik meramalkan kesan pandemik COVID-19. Pada asasnya, aplikasi ini mungkin dapat membantu orang ramai memahami situasi sebenar dengan lebih jelas tetapi realitinya ia dilihat lebih banyak menunjukkan matlumat yang salah dan soalan-soalannya telah bertukar ke soalan politik sehingga ke soalan mengenai rancangan Netflix.

    Contoh ‘ramalan’ aplikasi Forecast

    Ini adalah eksperimen yang pelik dari Facebook dan tujuan utamanya kini tidak lagi jelas. Jika seseorang itu mempunyai sebarang pertanyaan, mereka hanya perlu mencari informasi dari sumber yang dipercayai. Forecast dilihat telah memudahkan perkara tersebut dan membawanya ke tahap yang membimbangkan.

    Terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: engadget

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...